Jumaat, 28 Disember 2012

Salam sejahtera

Kita selalu mengalami keadaan baik dan buruk setiap hari dalam kehidupan kita. Saya berpendapat jika boleh biarlah pengalaman kita dapat dikongsi supaya dapat membantu orang lain. Kalau kita mengalami perkara yang buruk, kalau kita kongsi bersama rakan-rakan kita mungkin perkara yang sama tidak perlu dilalui oleh sahabat kita. Contohnya kalau kita beli barang kat satu kedai, kita dapati kedai tu menjual dengan harga yang mahal, cekik darah dan tak berkualiti selain kita tidak beli lagi kat kedai tu....kita nak kawan-kawan kita juga tak tertipu di tempat yang sama. Itu pun kalau korang kesian atau sayangkan kawan kau tu la...Tapi kalau kau saja nak dengki kawan kau..kau akan galakkan dia pegi ke kedai tu..hehe...buruk perangai....

Begitu jugak sebaliknya, kalau kita dapat harga yang murah dengan kualiti yang baik dan kita bagitau kawan-kawan kita dah tentu kawan-kawan kita dapat untung yang sama...Selamat berkongsi

Tapi kekadang tak semua benda/perkara dapat dikongsi. Mungkin ia terlalu peribadi.  Pandai-pandai la kita menilai sesuatu perkara. Contohnya takkan cerita dalam selimut pun nak dikongsi. Ini perbuatan yang tidak baik. Selain menjaga privasi kita, kita juga perlu jaga privasi pasangan dan keluarga kita.